CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 28 Februari 2009

AHLI SYURGA VS AHLI NERAKA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kaifa halukum jami’an?semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah..
Hari ni takdak apa yang nak dibicarakan,cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman..tapi pengalaman ni dah sebulan lebih dah berlalu..masa tu,baru beberapa hari selepas imtihan fasal pertama.kira-kira minggu terakhir bulan Januari la..saya dengan dua orang kawan nak release tension la konon,pi ziarah kawan-kawan kat Iskandariah..alhamdulillah kat sana,macam biasa la,dilayan dan dirai sepenuhnya..lebih kurang 4 hari jugak kami bercuti ..tapi saya bukan nak cerita sangat pasai makan angin kat sana..Cuma teringat hari terakhir (hari nak balik semula ke Kaherah)..petang tu,masa sampai kat stesen keretapi,kami terus ke kaunter tiket..tapi malangnya,tiket dah habis..huhu..ada jugak tiket yang selepas tu,cuma lewat skit..tapi tak pa la,kami pun beli la tiket yang agak lewat sikit tu..sementara nak tunggu keretapi yang nak sampai dalam 3 jam lagi,saya ngan dua orang kawan saya pun cari la masjid yang ada dekat-dekat situ..mula-mula,pakcik yang jaga masjid tu tak bagi masuk.pakcik tu kata,dia hanya akan buka bila masuk waktu magrib nanti..tapi lepas kami pujuk dan kata nak solat,dia pun bagi masuk..alhamdulillah..tapi pakcik tu pesan,keluaq balik dari masjid tu lepas selesai solat..tapi kami tak keluaq pun lepas tu.sebab kami dah tak dak tempat nak dituju..
Cuba sahabat-sahabat bayangkan,kami nak kena tunggu 3 jam lagi untuk balik ke Kaherah..lama kan? Kami pun tak tau nak buat pa dah selain baca Quran..masa dok saja-saja tu,saya belek la benda-benda yang ada kat tempat solat wanita tu..tiba-tiba,terpandanglah saya ke arah satu risalah yang dilekatkan di dinding..risalah tu berkenaan dengan PERIHAL AHLI SYURGA DAN AHLI NERAKA..ha,sebenaqnya risalah ni la yang saya nak kongsi ngan kawan-kawan..mungkin ada yang pernah terbaca,tapi tak salahkan kalau kita jadikan sebagai tazkirah?..




MAKANAN MEREKA
Ahli Syurga *Surah al-Waqi’ah(ayat 20 & 21)/Surah al-Mursalat(ayat 41)
Ahli Neraka *Surah al-Ghasyiyah(ayat 6 &7)/Surah ad-Dukhan(ayat43-46)

MINUMAN MEREKA
Ahli Syurga *Surah al-Insan(ayat 5)/Surah al-Insan(ayat 17)/Surah al-Muthaffifin(ayat 25)
Ahli Neraka *Surah Ibrahim(ayat 16 7 17)/Surah al-Kahfi(ayat 29)/Surah Muhammad(ayat 15)

PAKAIAN MEREKA
Ahli Syurga *Surah al-Insan(ayat 21)/Surah al-Hajj(ayat 23)
Ahli Neraka *Surah Ibrahim(ayat 49 & 50)/Surah al-Hajj(ayat 19)

WAJAH MEREKA
Ahli Syurga *Surah ‘Abasa(ayat 38)/Surah al-Ghasyiyah(ayat 8 & 9)/
Surah al-Qiyamah(ayat 22 & 23)
Ahli Neraka *Surah ‘Abasa(ayat 40)/Surah az-Zumar(ayat 60)/Surah al-Mukminun(ayat 104)


TEMPAT/ALAS TIDUR MEREKA
Ahli Syurga *Surah ar-Rahman(ayat 54)/Surah al-Waqi'ah(ayat 15 & 16)
Ahli Neraka *Surah al-‘Araf(ayat 41)/Surah az-Zumar(ayat 16)


TEMPAT TINGGAL MEREKA
Ahli Syurga *Surah az-Zumar(ayat 20)/Surah at-Taubah(ayat 72)
Ahli Neraka *Surah an-Nisak(ayat 145)/Surah al-Waqi'ah9ayat 92 7 93)


PENERIMAAN MALAIKAT TERHADAP MEREKA
Ahli Syurga *Surah az-Zumar(ayat 73)/Surah ar-Ra'd(ayat 23 & 24)
Ahli Neraka *Surah ar-Rahman(ayat 41)/Surah al-Haqqah(ayat 30 & 31)


PERHITUNGAN MEREKA
Ahli Syurga *Surah Ghafir(ayat 40)/Surah an-Nisak(ayat 40)
Ahli Neraka *Surah ar-Ra’d(ayat 18)/Surah al-Haqqah(ayat25 & 26)


AKIBAT/BALASAN MEREKA
Ahli Syurga *Surah as-Sajdah(17)/Surah al-maidah(ayat 119)/Surah ali-Imran(ayat 170)
Surah Qaf(ayat 34)/Surah al-Maidah(ayat 69)/Surah al-'Araf(ayat 43)
Ahli Neraka *Surah an-nisak(ayat 161)/Surah al-Maidah(ayat 80)/Surah al-An'am(ayat 31)
Surah az-Zumar(ayat 72)/Surah Ibrahim(ayat 21)/
Surah az-Zukhruf(ayat 74 &75)



Kat sini saya cuma bagi ayat-ayat yang berkenaan ja..maksud atau terjemahan ayat-ayat tu,sahabat-sahabat cari sendiri la ye..bukan saya tak mau masukkan siap-siap..tapi saja la nak bagi homework kat sahabat-sahabat..boleh kan? Tak susah pun.buka ja Quran terjemahan...kata orang,sesuatu yang kita cari sendiri akan lebih bermakna ,lebih difahami dan lebih diingati…^_^
Wallahu taala ‘alam..

0 ulasan: