CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 17 Mac 2009

Kenali Tokoh Mukminin

KHUBAIB BIN ADI..

Beliau adalah seorang yang cukup dikenali di Madinah dari kalangan sahabat Ansar.Sering bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan ilmu,seterusnya beriman kepada Allah s.w.t.Seorang yang berjiwa bersih,berfikiran terbuka,dengan keimanan yang teguh dan berhati mulia.

Dalam peperangan Badar,beliau merupakan seorang pahlawan yang tidak gentar menghadapi musuh.Beliau telah disekat jalannya ketika peperangan oleh seorang pemimpin Quraisy,al-Harits bin Amir yang berdendam setelah kematian bapa akibat tertewas ditangan Khubaib.
Setelah memperoleh kemenangan,orang Islam meneruskan pembinaan masyarakat baru.Khubaib,seorang yang warak,terus beribadah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Suatu hari,Rasulullah s.a.w ingin menyelidiki rahsia orang kafir Quraisy,untuk mengetahui arah tujuan gerakan serta langkah persiapan mereka menghadapi satu peperangan baru.Lalu Baginda s.a.w memilih sepuluh orang sebagai pengintip yang terdiri daripada para sahabat,dan antaranya adalah Khubaib bin Adi.Mereka berangkat sehingga sampai ke suatu tempat di antara Osfan dan Makkah.Malangnya,langkah mereka itu dikesan oleh Bani Haiyan yang mengekori dari belakang disertai kira-kira seratus orang pemanah.

Anehnya,mereka mengesan orang Islam hanya dengan berpandukan taburan biji kurma yang dibuang oleh kafilah tersebut.Mereka terus menjejaki kaum Muslimin sehingga mereka melihat dari jauh rombongan tersebut.Setelah kaum Muslimin menyedari bahawa mereka diekori,ketua kafilah,Ashim memerintahkan para sahabatnya menaiki suatu puncak bukit yang tinggi.Pasukan pemanah kafir mengepung kaum Muslimin sambil mengarahkan supaya menyerah diri dengan jaminan mereka tidak akan dianiayai.

Ashim menjawab,"Demi Allah,aku tidak akan turun mengemis perlindungan orang musyrik.Ya Allah,sampaikanlah kami kepada Nabi-Mu."Mendengar jawapan kaum Muslimin,para pemanah terus memanah ke arah mereka.Maka gugurlah kaum Muslimin beserta ketua mereka, Ashim,sebagai para syuhadak.

Khubaib dan sahabatnya,Zaid diikat dan dikurung.Mereka berusaha melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana ikatannya kuat.Kaum musyrikin terus memaksa mereka meninggalkan ajaran Muhammad.Namun,bagi mereka,iman tidak boleh diganti dengan apa sekalipun.

Menyedari usaha mereka tidak berkesan,tanpa belas kasihan kaum musyrikin meyiksa Zaid agar Khubaib menyerah diri.Zaid disiksa dan disula.Akhirnya,beliau turut syahid.Keimanan Khubaib tetap teguh sekalipun sahabat-sahabatnya disiksa dengan kejam.Kaum musyrikin bertekad membunuhnya setelah menyedari usaha mereka untuk mengkafirkan Khubaib hanya sia-sia.

Lalu,Khubaib dibawa ke bandar Tan'im.Sebelum menemui ajalnya,beliau meminta izin menunaikan solat sunat.Beliau bermunajat kepada Allah s.w.t meminta agar ditambahkan iman, diterima segala amalan dan berdoa agar ditimpakan bala ke atas kaum musyrikin.Seusai bermunajat,kaum musyrikin mengumpul pelepah tamar untuk membuat salib besar dan mengikatnya.Kaum musyrikin memanahnya dan akhirnya beliau syahid di kayu salib.

Mayatnya yang masih di kayu salib,diturunkan oleh dua orang sahabat setelah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.Sehingga kini,tiada seorang pun yang mengetahui di mana terletaknya makam Khubaib.Namun,sejarah dan kekentalannya tetap menjadi ingatan bagi kaum Muslimin. Iman seorang pahlawan yang teguh syahid dia kayu salib!
Wallahu taala a'lam...

0 ulasan: