CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 5 Mac 2009

PABILA INSAN LUPA DIRI


Pabila insan lupa diri,
Allah akan biarkan dan abaikan hidupnya
di dalam kehidupan yang merugikan itu,
Itulah bayangan kebinasaan yang melanda,
Ia semakin hampir padanya(kebinasaan),
Lebih hampir dari tangan yang menyuapkan
makanan ke mulutnya..

Pabila insan lupa diri,
Allah akan jadikannya lupa pada
segala keuntungan yang hakiki,
Dia lupa hakikat kebahagiaan dan ketenangan,
Dia lupa hakikat keberkatan dan kejayaan,
Dia lupa hakikat kesihatan dan kekeluargaan,
Dia terus lupa hakikat segalanya..

Pabila insan lupa diri,
Allah akan jadikannya lupa pada segala keaiban
kelemahan dan bahaya yang ada pada dirinya,
Dia lupa akan segala penyakit mazmumah
yang bersarang dalam jiwanya,
Walau dia tahu akan kerosakan jiwanya
namun tetap tak terfikir untuk mengubatinya..

Wahai insan,
Inilah hukum Tuhan
bagi hamba-Nya yang berdosa,
Selama bermukim di dunia fana ini..


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai(lupa) kepada Allah,lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada(terhadap) diri mereka sendiri.Mereka itulah orang-orang fasik(rosak)"
-al hasyr:ayat 19-

0 ulasan: