CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 6 Jun 2009

Asal Usul Solat




SUBUH


Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s,iaitu tatkala baginda dikeluarkan dari syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama:Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat kedua :Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma




ZUHUR


Orang yang pertama mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s,iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkannya agar menyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s.Sedang seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibarahim empat rakaat.


Rakaat pertama :Bersyukur bagi penebusan

Rakaat kedua :Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya

Rakaat ketiga :Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah

Rakaat keempat:Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas




ASAR


Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan.


Rakaat pertama :Kelam dengan kesalahan

Rakaat kedua :Kelam dengan air laut

Rakaat ketiga :Kelam dengan malam

Rakaat keempat:Kelam dalam perut ikan nun




MAGHRIB


Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut


Rakaat pertama :Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat kedua :Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya,Maryam yang

telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga :Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.



ISYAK


Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.Pada ketika itu,Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.lalu Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama :Dukacita terhadap isterinya

Rakaat kedua :Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s

Rakaat ketiga :Dukacita terhadap Firaun

Rakaat keempat:Dukacita terhadap anak Firaun

0 ulasan: