CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 24 Ogos 2010

..RAMADHAN..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ketika berlabuh bulan Jamadil Akhir dan tibanya Rejab,kita selalu berdoa “Ya Allah,berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban,dan sampaikanlah kepada kami Ramadhan”
Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan kini kita sudah pun berada dalam bulan Ramadhan yang mulia.Malah sudah memasuki fasa kedua Ramadhan yang juga disebut fasa maghfirah(pengampunan). Jadi,cuba kita renungkan..sejauh mana ibadah kita sepanjang berada dalam bulan ini?makin bertambah?makin berkurang?atau dok macam tu jugak?..marilah sama-sama kita rebut pahala dan pengampunan dari-Nya..mari kita tingkatkan ibadah kepada-Nya..
Ingat,berpuasa tak semestinya hanya menahan lapar dan dahaga. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.Jadi, wajib bagi kita untuk menahan diri dari segala maksiat,kebatilan dan perkara-perkara yang tak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain..Jom kita banyakkan membaca al-Quran(cuba khatam sekurang-kurangnya sekali sepanjang ramadhan ni),jangan tinggal solat fardhu,banyakkan solat-solat sunat,jangan tinggal solat terawih (hargailah terawih yang hanya terdapat dalam bulan ini)..moga kita dalam beribadah dengan penuh keikhlasan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Banyak ayat al-Quran dan hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan yang penuh rahmat dan pengampunan ini.Antaranya :
Firman Allah SWT yang bermaksud : Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah. (Surah al-Baqarah:185)
Firman Allah SWT yang bermaksud : sesungguhnya telah Kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadr.Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr?Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.Turun para malaikat dan ruh(Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah al-Qadr)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dirantai syaitan- syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Dalam kitab At Targhib Juz II/217-218, Rasulullah s.a.w menyatakan bahwa manusia akan diberikan barakah dalam bulan Ramadhan ini, antaranya :
1. Bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan(lailatul qadr)
2. Bulan yang Allah telah menjadikan puasa suatu kewajiban dan solat pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan).
3. Siapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, maka ia akan diberi pahala sama seperti menunaikan kewajiban (fardhu) di bulan yang lain.
4. Siapa yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, maka ia akan diberi pahala sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.
5. Ramadhan adalah kesabaran, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.
6. Ramadhan adalah pertolongan
7. Ramadhan adalah Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya.
8. Siapa yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka puasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, dan ia akan mendapatkan pahala tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.
9. Bulan Ramadhan adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
10. Siapa yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya, maka Allah akan mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Oleh karena itu perbanyaklah perbuatan yang menyenangkan Tuhan dan yang sangat diperlukan, yakni memohon ampunan-Nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ha,tunggu apa lagi sahabat sahabiah?jom kita gandakan pahala di samping mengharapkan rahmat dan magfirah dari Yang Maha Esa..jom sama-sama hidupkan segala amalan sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam..perlu jugak diingatkan bahawa dalam bulan baik ini kita perlu banyak bersabar,jangan berbual kosong,rendahkan suara apabila bercakap..jadikan puasa sebagai perisai diri daripada terjebak kepada maksiat dan sebagai penghapus dosa-dosa yang lalu..insyaAllah..


MOGA HIDUP KITA DISINARI KEIMANAN,MATA BERSINAR DENGAN KETAQWAAN,AMALAM MENGGUNUNG DENGAN KEIKHLASAN,HATI TERHIBUR DENGAN KALAM TUHAN,AKHLAK INDAH BAGAIKAN AL-QURAN..
SALAM RAMADHAN KAREEM ^_^

Isnin, 24 Mei 2010

SALAM IMTIHAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Bahang imtihan kian terasa,bahkan sudah ramai yang ‘merasai’nya..selamat belajar dan selamat mengulangkaji buat semua sahabat sahabiah khususnya yang berada di Perlembahan Nil ini..selamat menghadapi peperiksaan semester kedua..Mudah-mudahan usaha kita membuahkan kejayaaan yang cemerlang,insyaAllah..



USAHA
Sahabat-sahabiah,dalam menuju kejayaan,kita perlu berusaha.Usaha sehabis mungkin.Gunakan masa yang ada ini sebaiknya untuk ulangkaji.Tidak dinafikan ada yang kurang usahanya,namun kejayaan masih menyebelahinya.Kita anggap itu adalah rezeki dan kurniaan Allah kepadanya.Apa yang penting,kita terus belajar dan berusaha.Sesungguhnya Allah tak pandang setinggi mana kejayaan seseorang,tapi Allah pandang sejauh mana usahanya.



DOA
Daripada Saiyidina Ali Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda : Doa adalah senjata mukmin,tiang bagi agama dan nur (cahaya) bagi langit dan bumi.(HR Hakim)
Sahabat-sahabiah..doa sangat penting dalam kita menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan akhirat yang kekal abadi.Dengan berdoa,kita menyerah diri kepada Allah sambil mengharapkan rahmat,redha dan perkenan dari-Nya.Justeru,doa melambangkan kehambaan kita kepada Al-Khaliq.
Dr.Krukoff (pakar kardiovaskular di England) melalui kajiannya berkata,”Doa adalah terapi lengkap yang tidak bercampur elemen-elemen luar..tanpa herba,urutan atau akunpuntur.Namun,ia mampu memberi keajaiban kepada penyakit-penyakit kronik.Ia memberi kekuatan dalaman yang mampu menjadi penyembuh,di samping menjadi kekuatan minda serta memberi keyakinan dan ketenangan.”
Iringilah usaha kita dengan berdoa..moga doa kejayaan kita dimakbulkan..Dan sebagai penuntut ilmu Allah,kita amalkanlah ilmu yang dipelajari dan seterusnya sampaikan ilmu tersebut.INGAT!Jangan belajar untuk peperiksaan saja..



TAWAKAL
Firman Allah Subhanahu wa Taala : .. apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh,Allah mencintai orang yang bertawakal. (Surah Ali Imran:159)
Tawakal merupakan sandaran dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.Walaupun begitu,perlu diingatkan juga bahawa JANGAN sesekali kita tinggalkan usaha dan doa setelah bertawakal.
Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika baginda dilemparkan ke tengah bara api adalah : Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung (HR Bukhari)
Nah,lihat betapa tingginya tawakal seorang Nabi dan Rasul kepadanya Tuhannya.Kita sebagai hamba-Nya yang dhoif ini perlulah contohi sikap-sikap para Anbiyak agar tersemai akhlak-akhlak Islamiah dalam diri..insyaAllah.
Firman Allah Subhanahu wa Taala : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-nya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Surah At-Tholaq:2-3)

****************************



SALAM IMTIHAN
BITTAUFIQ WAN NAJAH AL BAHIR

(^_^)

Sabtu, 20 Februari 2010

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA


Sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam :
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara,iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,masa sihat engkau sebelum dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk,dan masa hidup engkau sebelum datang saat mati."

(1)Masa Muda Sebelum Datangnya Hari Tua

Manusia bukan muda selama-lamanya.Muda hanya sementara dan takkan bertahan,kerana selepas itu manusia akan menjadi dewasa seterusnya tibalah masa tua.Bila dah tua,segalanya sudah tidak indah,kerana tenaga menjadi kurang,selera makan menurun,antibodi lemah (mudah diserang penyakit) dan segala-galanya terbatas.Ketika itu,barulah sedar bahawa masa muda itu amat berharga.Jadi,apa yang perlu kita lakukan?!!

Sahabat-sahabat,marilah sama-sama kita penuhi masa muda ini dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang muslim dan mukmin.Marilah kita pelajari ilmu-ilmu Allah yang maha luas ini lalu mempraktikkannya di dalam kehidupan harian kita.Ingatlah,jika kita sia-siakan hari muda,pastilah akan meninggalkan penyesalan dan kenangan pahit di hari tua.Jika masa muda digunakan sebaiknya,insyaAllah akan menjadikan hari tua penuh kesyukuran.


(2)Masa Sihat Sebelum Dilanda Sakit

Kesihatan adalah nikmat Allah yang amat berharga dan wajib disyukuri.Oleh itu,jauhilah diri kita dari sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kesihatan dan membinasakan diri.
Lazimnya manusia hanya akan sedar betapa pentingnya kesihatan setelah dia sakit.Ketika itu,penyesalan sudah tidak berguna lagi.Kegiatan harian pula terhalang sama ada ibadah,ekonomi,sosial dan sebagainya.Jadi,gunakanlah masa sihat semaksima mungkin dengan mengerjakan ibadah dan amalan-amalan yang bermanfaat untuk diri,keluarga,masyarakat dan agama.Hargai dan sayangi diri,ingatlah orang yang tersayang.


(3)Masa Kaya Sebelum Jatuh Papa

Sedarilah bahawa rezeki dan kesenangan hidup adalah kurniaan Allah Subhanahu Wa Taala.Tak usah kita bangga dengan kekayaan yang dimiliki,tetapi manfaatkanlah dan bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.Tunaikan zakat,banyakkan bersedekah dan bantulah orang yang memerlukan.Orang yang punya harta tetapi tak sanggup melakukan perkara-perkara tersebut adalah fakir dan miskin kerana mereka bimbang kekurangan dan kehilangan harta benda serta tak percaya bahawa Allah adalah pemberi rezeki.

Ingatlah sahabat-sahabat,Allah itu Maha Berkuasa.Jika Dia boleh mengurniakan rezeki yang mencurah-curah kepada makhluk ciptaan-Nya,maka tidak mustahil Dia boleh menarik semula nikmat-nikmat itu sekelip mata..bersyukurlah dan beramallah..jangan jadi seperti Qarun yang bakhil dan tak bersyukur,yang mabuk dan lalai dengan kekayaannya,namun akhirnya dilaknat dan diazab oleh Yang Maha Kuasa.


(4)Masa Lapang Sebelum Datangnya Masa Sibuk

Bila mana gagal menepati masa atau menunaikan suatu perjanjian,kebanyakan manusia sering menjadikan 'sibuk' sebagai alasan.Betul-betul sibukkah kita?
Sahabat-sahabat,masa dan usia amat terbatas bagi makhluk yang bergelar insan.Umur kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tidaklah panjang,sesuai dengan fizikal yang semakin lemah bila menjelang hari tua.Oleh itu,hargailah dan isilah masa lapang yang ada dengan kegiatan dan amalan yang berfaedah.Jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia.Gunakan masa lapang dengan amalan-amalan kebaikan bagi menyiapkan sebanyak-banyak bekalan untuk pengembaraan menuju ke suatu destinasi yang jauh iaitu akhirat.


(5)Masa Hidup Sebelum Datangnya Saat Kematian

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah.Manusia dicipta melalui proses kejadian yang sungguh unik.kita bukan sahaja perlu bersyukur bahkan wajar mengisi kehidupan dengan sebaiknya kerana terpilih dari berjuta-juta benih dari sperma seorang ayah yang bersenyawa di dalam rahim seorang ibu..Isilah hidup kita dengan perkara-perkara yang bukan sahaja bermanfaat untuk kehidupan di dunia ini,malah untuk kehidupan yang paling penting iaitu kehidupan alam barzakh dan alam akhirat.

Wallahu taala a'lam..

Khamis, 11 Februari 2010

Salam kerinduan..

Salam rindu buat semua..

Lama sangat rasanya blog saya ni terabai..bukan sengaja,tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan saya terpaksa mengabaikan blog ni..hambatan masa,lambakan kerja yang tertangguh,sikap yang malas,ketandusan idea,jadual harian yang tak teratur,laptop yang selalu buat hal,peperiksaan semester..dan yang paling utama,tiada kemudahan internet..kalau tinggal di asrama,boleh jugak guna broadband atau wireles..memandangkan rumah sewa saya yang tak ada semua kemudahan tu,maka susah la sikit nak update blog ni..

Bila dah lama tak update,mula la rasa tak semangat..rasa macam putus asa dan nak kuburkan ja blog ni.ya la,blog saya ni ntah apa-apa,tak ada hadaf (tujuan) yang khusus..tapi atas nasihat,dorongan dan semangat yang kawan-kawan bagi,saya rasa saya patut teruskan..syukran kepada sahabat-sahabiah yang banyak membantu..

Saya tak punya kemampuan sehebat orang lain kerana saya kekurangan thaqafah,latihan dan pengalaman..tapi insyaAllah saya akan berusaha sebaiknya..mohon nasihat,tunjuk ajar dan semangat dari kalian semua..moga apa yang saya coretkan dalam blog ini dapat memberi input dan manfaat walaupun sedikit..

Peperikssaan semester pertama sudah berlalu..moga segala usaha kita menatijahkan kejayaan yang cemerlang..amiin ya rab..sama-samalah kita manfaatkan masa cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan sihat insyaAllah..

Sampai bertemu lagi..wassalam..