CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 26 Mei 2009

CEGAH SEBELUM KENA...

Assalamualaikum..apa habaq semua?
Kali ni insyaAllah saya akan berbicara lagi tentang kesihatan.Lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan ni..Baru-baru ni study saya agak terganggu kerana ada sedikit masalah kesihatan.Namun,ku gagahi jua diri ini untuk hadapi imtihan.Alhamdulillah,kini kembali sihat dan bersemangat..Sahabat-sahabat pulak macam mana???..Saya tau,ramai yang hadapi masalah kesihatan ,kan??..

Apa yang sahabat-sahabat lakukan apabila sakit?Lazimnya,ramai yang berjumpa doktor.Sudah tentu doktor akan bagi ubat dan kita akan makan ubat tersebut dengan harapan cepat sembuh dan sihat..kan?kan? hmm,inilah perjalanan perkhidmatan perubatan kini,satu kitaran diagnosa dan perskrepsi..

*******

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Peribahasa ni sering kita dengar,cuma kita kurang memberi perhatian terhadapnya..
Manusia iaitu kita adalah anugerah dan sebaik-baik ciptaan Allah.Jadi,kita perlu menjaga diri kita sebaik-baiknya..memang susah nak menjaga tubuh badan sekiranya kita tak tahu apa-apa mengenainya.Macam mana kita nak melawan musuh(penyakit) sekiranya kita tak memahami mengapa dan bagaimana penyakit bertindak? Jadi,kita sendiri la yang perlu mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan.

Sistem imun tubuh
Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta sebagai sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit.Sistem ini bekerja setiap saat tanpa henti untuk melindungi diri kita daripada serangan mikroorganisma yang membawa penyakit.Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.
Dalam setiap saat kehidupan kita,yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun.
Jangkitan berulang atau jangkitan kronik,walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah.Antara faktor lain yang melemahkan sistem imun adalah
peningkatan usia,tidak cukup rehat,stres,makanan berproses,pertanian moden(makanan hilang khasiat),bahan kimia dalam persekitaran(racun perosak,racun rumpai) dll..
Namun,harus diingatkan bahawa sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sama ada terlebih atau terkurang tindak balas,boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.. Jadi,memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam,selsema,kencing manis atau kanser dan seumpamanya.Sama-samalah kita perkasakan sistem imun untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat.Jauhi faktor-faktor yang melemahkan sistem imun kita di samping amalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup yang sihat.
********
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan..
Sabda baginda Rasulullah s.a.w maksudnya:"Berpuasalah kamu,nescaya kamu menjadi sihat"(riwayat Abu Hurairah)