Salam sejahtera buat semua..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')
Setiap masa yang berlalu meninggalkan pelbagai kenangan dan kesan dalam hidup kita.Begitu juga dengan masa yang mendatang,seboleh-bolehnya ingin kita penuhi dengan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam hidup ini..namun sebagai orang Islam dan mempunyai keimanan,kadang-kadang kita diuji oleh Sang pencipta..meskipun begitu,anggaplah bahawa ujian yang menimpa adalah tarbiyah dan kafarah dosa-dosa kita yang lalu di samping mematangkan diri.Ingatlah bahawa kita diuji kerana dikasihi-Nya dan sentiasa di dalam perhatian-Nya..
Jadi,apa yang perlu kita lakukan bila ditimpa ujian?bersabarlah dan bersabarlah..di samping berdoa dan bertawakkal..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..jangan cepat melatah dan menuding jari kepada sesiapa,malah kita perlu koreksi diri sendiri atas apa yang telah berlaku..kita juga perlu bersyukur kerana diuji kerana itu tanda Allah s.w.t sayang dan menjaga kita..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Surah Luqman 31: 17)
Mahu tidak mahu,kita pasti diuji.Kita hanya manusia biasa,tidak mampu lari dari ujian-Nya baik Muslim atau Mukmin..apa yang penting di sini adalah cara penerimaan terhadap ujian yang menimpa..cara penerimaan setiap orang terhadap ujian yang berlaku adalah tidak sama mengikut tahap keimanan masing-masing..ada yang mengeluh,ada yang mampu bersabar,ada yang menyalahkan diri sendiri,malah ada juga yang sanggup menyalahkan Tuhan Pencipta Alam ini..(na'uzubillah min zalik)..ingatlah wahai insan,sesungguhnya Allah telah menjanjikan kelebihan bagi hamba-hamba-Nya yang bersabar..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
Nah,lihatlah betapa untungnya jika kita bersabar..jauhilah nafsu amarah yang sentiasa membawa kita ke arah kerugian dan kekufuran..
Ada pelbagai bentuk ujian yang ditimpakan oleh Yang Maha Kuasa kepada hamba-hamba-Nya..ada yang diuji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan kematian,ada juga yang diuji dengan bebanan tanggungjawab dan sebagainya..namun,jangan kita anggap bahawa mereka yang hidup senang-lenang dan bahagia akan selamanya senang dan bahagia,kerana mereka juga diuji..kenapa begitu?kerana seandainya mereka lalai dan tenggelam dalam nikmat yang dimiliki,maka nikmat tersebut akan diganti dengan musibah dengan izin-Nya..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran 3:Ayat 200)
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Surah Al-Baqarah 2: 155-157)
Sebagai konklusinya,kita perlu sentiasa sabar,redho dan tabah apabila ditimpa sesuatu ujian atau musibah.Marilah kita contohi sifat sabar Rasulullah s.a.w yang amat tinggi dalam menegak dan memperjuangkan agama Allah..Sesungguhnya,orang-orang yang bersabar akan memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah..dengan bersabar juga,akan mencerminkan keimanan seorang hamba kepada Khaliqnya..dan sebagai penuntut ilmu,kita juga perlu banyak bersabar di samping berusaha dan bertawakkal kepada Allah..wallahu taala 'alam..
siiru 'ala barakatillah..
0 ulasan:
Catat Ulasan