CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 6 Jun 2009

Asal Usul Solat




SUBUH


Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s,iaitu tatkala baginda dikeluarkan dari syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama:Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat kedua :Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma




ZUHUR


Orang yang pertama mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s,iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkannya agar menyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s.Sedang seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibarahim empat rakaat.


Rakaat pertama :Bersyukur bagi penebusan

Rakaat kedua :Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya

Rakaat ketiga :Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah

Rakaat keempat:Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas




ASAR


Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan.


Rakaat pertama :Kelam dengan kesalahan

Rakaat kedua :Kelam dengan air laut

Rakaat ketiga :Kelam dengan malam

Rakaat keempat:Kelam dalam perut ikan nun




MAGHRIB


Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut


Rakaat pertama :Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat kedua :Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya,Maryam yang

telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga :Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.



ISYAK


Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.Pada ketika itu,Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.lalu Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama :Dukacita terhadap isterinya

Rakaat kedua :Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s

Rakaat ketiga :Dukacita terhadap Firaun

Rakaat keempat:Dukacita terhadap anak Firaun

Khamis, 4 Jun 2009

TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN...


-Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
-Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
-Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
-Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
-Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh
-Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
-Jika tidur sebelum mendirikan solat fardu Isyak kerana solat sebelum mendirikan solat adalah makruh
-Jika tidur selepas azan
-Jika tidur seorang diri di rumah.Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh
-Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah menghadap ke atas.Di dalam kitab al-Minhaad dinyatakan makruh
-Jika tidur di atas muka(meniarap atau terlungkup).Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah s.a.w apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu,”tidak demikian itu,dibenci Allah dan RasulNya”
-Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda membangunkan Fatimah.Tentang hal ini,Rasulullah s.a.w bersabda,”Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya,apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercikkan air ke mukanya.”

Selasa, 26 Mei 2009

CEGAH SEBELUM KENA...

Assalamualaikum..apa habaq semua?
Kali ni insyaAllah saya akan berbicara lagi tentang kesihatan.Lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan ni..Baru-baru ni study saya agak terganggu kerana ada sedikit masalah kesihatan.Namun,ku gagahi jua diri ini untuk hadapi imtihan.Alhamdulillah,kini kembali sihat dan bersemangat..Sahabat-sahabat pulak macam mana???..Saya tau,ramai yang hadapi masalah kesihatan ,kan??..

Apa yang sahabat-sahabat lakukan apabila sakit?Lazimnya,ramai yang berjumpa doktor.Sudah tentu doktor akan bagi ubat dan kita akan makan ubat tersebut dengan harapan cepat sembuh dan sihat..kan?kan? hmm,inilah perjalanan perkhidmatan perubatan kini,satu kitaran diagnosa dan perskrepsi..

*******

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Peribahasa ni sering kita dengar,cuma kita kurang memberi perhatian terhadapnya..
Manusia iaitu kita adalah anugerah dan sebaik-baik ciptaan Allah.Jadi,kita perlu menjaga diri kita sebaik-baiknya..memang susah nak menjaga tubuh badan sekiranya kita tak tahu apa-apa mengenainya.Macam mana kita nak melawan musuh(penyakit) sekiranya kita tak memahami mengapa dan bagaimana penyakit bertindak? Jadi,kita sendiri la yang perlu mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan.

Sistem imun tubuh
Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta sebagai sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit.Sistem ini bekerja setiap saat tanpa henti untuk melindungi diri kita daripada serangan mikroorganisma yang membawa penyakit.Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.
Dalam setiap saat kehidupan kita,yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun.
Jangkitan berulang atau jangkitan kronik,walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah.Antara faktor lain yang melemahkan sistem imun adalah
peningkatan usia,tidak cukup rehat,stres,makanan berproses,pertanian moden(makanan hilang khasiat),bahan kimia dalam persekitaran(racun perosak,racun rumpai) dll..
Namun,harus diingatkan bahawa sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sama ada terlebih atau terkurang tindak balas,boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.. Jadi,memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam,selsema,kencing manis atau kanser dan seumpamanya.Sama-samalah kita perkasakan sistem imun untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat.Jauhi faktor-faktor yang melemahkan sistem imun kita di samping amalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup yang sihat.
********
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan..
Sabda baginda Rasulullah s.a.w maksudnya:"Berpuasalah kamu,nescaya kamu menjadi sihat"(riwayat Abu Hurairah)

Khamis, 26 Mac 2009

jagalah kesihatan diri

Check out this SlideShare Presentation:



salam buat semua...
bagaimana keadaan antum sekarang?sihat atau sebaliknya????
moga-moga kita semua dalam kondisi yang baik dan sihat..saya bukannya apa,cuma risau ja.Sejak kebelakangan ni,ramai sahabat-sahabat yang pengsan,pitam dan kurang sihat.Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu.Mungkin juga disebabkan kelalaian diri sendiri dalam menjaga kesihatan..sahabat,hargailah kesihatan yang Allah Taala berikan.Jagalah ia sebaiknya.
Amat rugi jika kita mengabaikan nikmat kesihatan yang Dia beri..Semasa sihat,kita boleh menunaikan ibadah kepada-Nya dan melakukan aktiviti harian di samping melakukan kerja-kerja dakwah..tapi,bila kita sakit,apa yang boleh kita buat?!!!
ingatlah wahai sahabat..jaga diri,ingat dan hargai orang yang tersayang..jangan terlalu sibuk bekerja dan berfikir,sampai kesihatan diabaikan..jaga waktu makan,waktu rehat,waktu tidur,waktu belajar,waktu beribadah dan sebagainya dengan baik..

Saidina Ali r.a berkata: "Tiada nikmat yang paling besar dalam dunia ini selain daripada panjang umur dan kesihatan tubuh badan."

wallahu taala a'lam..

Selasa, 24 Mac 2009

ZALIM ... (Part 3 )



Apa itu zalim?Pernahkah anda dizalimi?@ pernahkah anda menzalimi?Sesungguhnya,amat pedih azab Allah kepada orang-orang yang zalim..Ya Rabbul Jalil,hindarilah kami dari kezaliman..amiinn..


............................

BAHAGIAN 3 (KATA KERJA ZALIM)


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata kerja adalah:


(2:57) Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.


(2:231) Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.


(2:272) Bukanlah atas kamu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu menafkahkan, hanya menginginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.


(2:279) Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.(riba)


(2:281) Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.


(3:25) Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami mengumpulkan mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan dan mereka tidak dizalimi?


(3:117) Persamaan apa yang mereka menafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, lalu ia memusnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

(4:40) Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan menggandakannya, dan memberikan daripada sisi-Nya upah yang besar.

(4:77) Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."


(4:97) Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!


(4:110) Sesiapa membuat kejahatan, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian meminta ampunan Allah, dia akan mendapati Allah Pengampun, Pengasih.


(4:124) Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.


(4:148) Allah tidak menyukai kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah adalah Mendengar, Mengetahui.


(6:160) Sesiapa yang mendatangkan satu yang baik, akan mendapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang mendatangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.


(7:23) Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi."


(7:103) Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.


(7:160) Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.

(8:60) Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak mengetahui. Allah mengetahui mereka. Dan apa sahaja yang kamu menafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.


(9:36) Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.


(9:70) Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.


(10:44) Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri mereka sendiri manusia menzalimkan.


(10:47) Tiap-tiap umat ada rasulnya; kemudian apabila rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

(14:45) Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami melakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami mengadakan persamaan-persamaan bagi kamu."


(16:28) Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,

(16:41) Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui,



(16:111) Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.


(16:118) Dan orang-orang Yahudi, Kami telah mengharamkan mereka apa yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

(17:71) Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun



(18:33) Masing-masing daripada dua kebun itu mendatangkan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan Kami memancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.

(19:60) Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja kebaikan; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,


(21:47) Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.


(22:39) Diizinkan kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah berkuasa untuk menolong mereka,


(23:62) Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.


(27:44) Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."


(28:16) Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." Maka Dia mengampuninya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

(30:9) Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri memakmurkan; dan rasul-rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.

(35:32) Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.


(36:54) Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan apa yang kamu telah buat.

(42:42) Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.


(45:22) Allah mencipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.


(46:19) Dan semua ada darjat mengikut apa yang mereka buat, dan supaya Dia membayar kepada mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.





sumber:http://www.e-bacaan.com/kalimat_zalimA.htm






Ahad, 22 Mac 2009

ZALIM...(Part 2)




Apa itu zalim?Pernahkah anda dizalimi?@ pernahkah anda menzalimi?
Sesungguhnya,amat pedih azab Allah kepada orang-orang yang zalim..
Ya Rabbul Jalil,hindarilah kami dari kezaliman..amiinn..


...............................


BAHAGIAN 2 ( KATA NAMA ZALIM )

Ayat-ayat yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata nama adalah seperti berikut:


(2:59) Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka.

(2:150) Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

(2:165) Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

(4:29) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan membunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

(4:30) Tetapi sesiapa berbuat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan memanggangkan di api, dan itu bagi Allah adalah mudah.

(4:160) Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami mengharamkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka menghalangi ramai daripada jalan Allah.

(4:168) Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya dan membuat kezaliman, Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada jalan,

(5:39) Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

(6:82) Orang-orang yang percaya, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.

(6:131) Itu adalah kerana Pemelihara kamu tidak akan memusnahkan bandar-bandar raya dengan kezaliman sedang penduduknya lalai.

(7:162) Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami mengutus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.

(7:165) Maka apabila mereka melupakan apa yang mereka telah diperingatkan, Kami menyelamatkan orang-orang yang melarang daripada berbuat jahat, dan Kami mengambil orang-orang yang membuat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.

(8:25) Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan menimpa hanya orang-orang yang membuat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

(10:13) Kami memusnahkan generasi-generasi yang sebelum kamu apabila mereka membuat kezaliman, dan rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu mempercayai; maka Kami membalas kaum yang berdosa.

(10:52) Kemudian dikatakan kepada orang-orang yang membuat kezaliman, "Rasalah azab yang berkekalan; tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah mengusahakan?"

(10:54) Jika tiap-tiap jiwa yang membuat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia menebus dirinya dengannya; dan mereka akan merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

(11:37) Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu mengucapkan kepada Aku mengenai orang-orang yang membuat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan."
(Nabi Nuh)

(11:116) Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah menyelamatkan; tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan menjadi orang-orang yang berdosa.

(11:117) Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya dengan kezaliman, sedang penduduknya membetulkan.

(13:6) Mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum mereka contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah pengampun kepada manusia atas kezaliman mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam pembalasan sewajarnya.
(14:44) Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

(16:61) Jika Allah mempertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia meninggalkan di atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia menangguhkan mereka ke satu tempoh yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.

(16:85) Dan apabila orang-orang yang membuat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada penangguhan diberi kepada mereka.

(18:59) Dan bandar-bandar raya itu, Kami memusnahkan mereka apabila mereka membuat kezaliman, dan mengadakan untuk kebinasaan mereka, satu janji temu.

(20:112) Tetapi sesiapa yang membuat kerja-kerja kebaikan, sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga ketidakadilan.

(23:27) Kemudian Kami mewahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkanlah ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan janganlah berucap kepada-Ku mengenai orang-orang yang membuat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan.

(25:4) Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini tidaklah lain kecuali kedustaan yang dia mengada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

(25:19) Maka mereka mendustakan apa yang kamu mengatakan, dan kamu tidak boleh memalingkannya, dan tidak juga mendapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu yang membuat kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang besar.

(27:11) Kecuali orang yang membuat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.

(27:14) Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada kesombongan. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan!

(27:52) Itulah rumah-rumah mereka, semuanya telah roboh disebabkan mereka membuat kezaliman; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengetahui.

(29:46) Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah, "Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."

(30:29) Tidak, tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

(31:13) Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, janganlah menyekutukan Allah; mempersekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."
(34:42) "Maka pada hari ini, tiada siapa pun daripada kamu yang berkuasa untuk memanfaatkan atau memudaratkan yang lain." Dan Kami mengatakan kepada orang-orang yang membuat kezaliman, "Rasalah azab Api yang padanya kamu mendustakan!"

(40:17) Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu membuat kezaliman; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

(43:65) Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

ZALIM ... (Part 1)


Apa itu zalim?Pernahkah anda dizalimi?@ pernahkah anda menzalimi?

Sesungguhnya,amat pedih azab Allah kepada orang-orang yang zalim..

Ya Rabbul Jalil,hindarilah kami dari kezaliman..amiinn..

......................


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" dan terbitannya didapati banyak. Maka pengumpulannya dibahagi kepada tiga, iaitu:
Bahagian 1: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai sifat
Bahagian 2: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata nama
Bahagian 3: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata kerja

BAHAGIAN 1 (SIFAT ZALIM)

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan:
a. zalim
b. orang-orang yang zalim
c. kaum yang zalim
d. bandar raya yang zalim


ZALIM:

Hampir kesemua ayat yang mengandungi perkataan "zalim" (sahaja) membawa pertanyaan berbunyi "Siapakah yang lebih zalim daripada ....?" Maka, di bawah ini diselitkan juga ayat-ayat lain (seperti yang mengandungi frasa orang-orang yang zalim) yang mengandungi pertanyaan tersebut:

(2:114) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.

(2:140) Atau, adakah kamu mengatakan, 'Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih mengetahui, atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."

(6:21) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang zalim.

(6:157) Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.

(7:37) Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

(7:162) Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami mengutus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.

(10:17) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.

(11:18) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim,

(18:15) Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka mendatangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah?"

(18:57) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

(32:22) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

(39:32) Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?




ORANG-ORANG YANG ZALIM:

(2:124) Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia menunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang yang zalim."

(2:145) Namun begitu, jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mengikuti kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang yang zalim.

(2:193) Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.

(2:229) Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.

(2:246) Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

(2:254) Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim.

(3:57) Bagi orang-orang yang percaya yang membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim."

(3:140) Jika luka menyentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun menyentuh kaum itu, dan harinya itu Kami menggilirkan antara manusia, dan supaya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

(3:151) Kami akan melemparkan ke dalam hati orang-orang yang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang yang zalim!

(3:192) Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.

(5:45) Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(5:72) Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong."

(6:33) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal.

(6:52) Dan janganlah mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim.

(6:58) Katakanlah, "Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat mengetahui orang-orang yang zalim."

(6:135) Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan mengetahui siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

(7:19) "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim."

(7:41) Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.

(8:54) Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang yang sebelum mereka yang mendustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami memusnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami menenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang yang zalim.

(9:23) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, jika mereka lebih menyukai ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(9:47) Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

(10:39) Tidak, tetapi mereka mendustakan apa yang mereka tidak mengetahui pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang zalim.

(12:23) Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia (Yusuf) digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah memberi aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."(kisah Nabi Yusuf)

(12:79) Berkata, "Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim."(kisah Nabi Yusuf)

(14:13) Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada rasul-rasul mereka, "Sungguh, kami akan mengusir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka mewahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan memusnahkan orang-orang yang zalim,

(14:22) Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

(14:27) Allah memperteguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim; dan Allah buat apa yang Dia mengkehendaki.

(14:42) Janganlah menyangka bahawa Allah lalai daripada apa yang orang-orang yang zalim buat; Dia hanyalah memberi tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,

(17:82) Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang yang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.

(17:99) Tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia menentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang yang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

(18:50) Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang yang zalim!

(19:72) Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut.

(22:53) Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

(25:37) Dan kaum Nuh, apabila mereka mendustakan rasul-rasul, Kami menenggelamkan mereka, dan Kami membuat mereka untuk menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.

(28:37) Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang mendapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

(28:40) Lalu Kami mengambil dia (Firaun) dan tenteranya, dan melemparkan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang zalim.

(29:14) Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir mengambil mereka sedang mereka orang-orang yang zalim.

(29:31) Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim."

(35:37) Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan membuat kerja-kerja kebaikan, selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami telah memberi umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang mengingati? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang yang zalim, tidak ada penolong."

(39:24) Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!"

(40:18) Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang yang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

(42:22) Kamu melihat orang-orang yang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah mengusahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kebaikan, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka mengkehendaki, mereka mendapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

(42:40) Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa memaafkan, dan membetulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

(42:44) Sesiapa yang Allah menyesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"

(42:45) Dan kamu akan melihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam azab yang kekal.

(45:19) Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang yang bertakwa.

(49:11) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(60:9) Allah hanya melarang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu menjadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(71:24) Dan mereka telah menyesatkan ramai. Janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim kecuali dalam kesesatan!”

(71:28) Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

(76:31) Dia memasukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan bagi mereka azab yang pedih.



KAUM YANG ZALIM:


Kebanyakan ayat yang mengandungi frasa "kaum yang zalim" menyatakan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum itu.

(2:258) Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(3:86) Bagaimanakah Allah akan memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan menyaksikan bahawa rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(5:51) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(6:47) Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

(6:68) Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim.

(7:47) Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang zalim."

(9:19) Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(9:109) Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(11:44) Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"

(23:28) Kemudian, apabila kamu telah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan kami daripada kaum yang zalim.'

(23:41) Dan Teriakan mengambil mereka dengan patut, dan Kami membuat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!

(28:50) Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(61:7) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.


BANDARAYA YANG ZALIM:

(4:75) Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dihinakan, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandar raya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."

(11:102) Demikian itulah pengambilan Pemelihara kamu, apabila Dia mengambil bandar-bandar raya yang zalim; sesungguhnya pengambilan-Nya pedih, keras.

(18:59) Dan bandar-bandar raya itu, Kami memusnahkan mereka apabila mereka membuat kezaliman, dan mengadakan untuk kebinasaan mereka, satu janji temu.

(21:11) Berapa banyaknya bandar raya yang zalim yang Kami menjadikan berkecai, dan Kami menumbuhkan selepasnya kaum yang lain!

(22:45) Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!

(22:48) Berapa banyaknya bandar raya yang Aku telah menangguhkan yang dalam keadaan zalim; kemudian Aku mengambilnya, dan kepada-Ku kepulangan.

(28:59) Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim.