CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 22 Mac 2009

ZALIM ... (Part 1)


Apa itu zalim?Pernahkah anda dizalimi?@ pernahkah anda menzalimi?

Sesungguhnya,amat pedih azab Allah kepada orang-orang yang zalim..

Ya Rabbul Jalil,hindarilah kami dari kezaliman..amiinn..

......................


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" dan terbitannya didapati banyak. Maka pengumpulannya dibahagi kepada tiga, iaitu:
Bahagian 1: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai sifat
Bahagian 2: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata nama
Bahagian 3: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata kerja

BAHAGIAN 1 (SIFAT ZALIM)

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan:
a. zalim
b. orang-orang yang zalim
c. kaum yang zalim
d. bandar raya yang zalim


ZALIM:

Hampir kesemua ayat yang mengandungi perkataan "zalim" (sahaja) membawa pertanyaan berbunyi "Siapakah yang lebih zalim daripada ....?" Maka, di bawah ini diselitkan juga ayat-ayat lain (seperti yang mengandungi frasa orang-orang yang zalim) yang mengandungi pertanyaan tersebut:

(2:114) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.

(2:140) Atau, adakah kamu mengatakan, 'Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih mengetahui, atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."

(6:21) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang zalim.

(6:157) Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih mendapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.

(7:37) Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

(7:162) Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami mengutus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.

(10:17) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.

(11:18) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim,

(18:15) Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka mendatangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah?"

(18:57) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

(32:22) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

(39:32) Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?




ORANG-ORANG YANG ZALIM:

(2:124) Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia menunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang yang zalim."

(2:145) Namun begitu, jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mengikuti kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang yang zalim.

(2:193) Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.

(2:229) Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.

(2:246) Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

(2:254) Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim.

(3:57) Bagi orang-orang yang percaya yang membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim."

(3:140) Jika luka menyentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun menyentuh kaum itu, dan harinya itu Kami menggilirkan antara manusia, dan supaya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

(3:151) Kami akan melemparkan ke dalam hati orang-orang yang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang yang zalim!

(3:192) Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.

(5:45) Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(5:72) Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong."

(6:33) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal.

(6:52) Dan janganlah mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim.

(6:58) Katakanlah, "Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat mengetahui orang-orang yang zalim."

(6:135) Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan mengetahui siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

(7:19) "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim."

(7:41) Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.

(8:54) Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang yang sebelum mereka yang mendustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami memusnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami menenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang yang zalim.

(9:23) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, jika mereka lebih menyukai ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(9:47) Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

(10:39) Tidak, tetapi mereka mendustakan apa yang mereka tidak mengetahui pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang zalim.

(12:23) Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia (Yusuf) digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah memberi aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."(kisah Nabi Yusuf)

(12:79) Berkata, "Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim."(kisah Nabi Yusuf)

(14:13) Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada rasul-rasul mereka, "Sungguh, kami akan mengusir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka mewahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan memusnahkan orang-orang yang zalim,

(14:22) Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

(14:27) Allah memperteguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim; dan Allah buat apa yang Dia mengkehendaki.

(14:42) Janganlah menyangka bahawa Allah lalai daripada apa yang orang-orang yang zalim buat; Dia hanyalah memberi tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,

(17:82) Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang yang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.

(17:99) Tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia menentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang yang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

(18:50) Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang yang zalim!

(19:72) Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut.

(22:53) Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

(25:37) Dan kaum Nuh, apabila mereka mendustakan rasul-rasul, Kami menenggelamkan mereka, dan Kami membuat mereka untuk menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.

(28:37) Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang mendapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

(28:40) Lalu Kami mengambil dia (Firaun) dan tenteranya, dan melemparkan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang zalim.

(29:14) Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir mengambil mereka sedang mereka orang-orang yang zalim.

(29:31) Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim."

(35:37) Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan membuat kerja-kerja kebaikan, selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami telah memberi umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang mengingati? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang yang zalim, tidak ada penolong."

(39:24) Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!"

(40:18) Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang yang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

(42:22) Kamu melihat orang-orang yang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah mengusahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kebaikan, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka mengkehendaki, mereka mendapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

(42:40) Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa memaafkan, dan membetulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

(42:44) Sesiapa yang Allah menyesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"

(42:45) Dan kamu akan melihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam azab yang kekal.

(45:19) Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang yang bertakwa.

(49:11) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(60:9) Allah hanya melarang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu menjadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

(71:24) Dan mereka telah menyesatkan ramai. Janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim kecuali dalam kesesatan!”

(71:28) Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

(76:31) Dia memasukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan bagi mereka azab yang pedih.



KAUM YANG ZALIM:


Kebanyakan ayat yang mengandungi frasa "kaum yang zalim" menyatakan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum itu.

(2:258) Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(3:86) Bagaimanakah Allah akan memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan menyaksikan bahawa rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(5:51) Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(6:47) Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

(6:68) Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim.

(7:47) Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang zalim."

(9:19) Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(9:109) Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(11:44) Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"

(23:28) Kemudian, apabila kamu telah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan kami daripada kaum yang zalim.'

(23:41) Dan Teriakan mengambil mereka dengan patut, dan Kami membuat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!

(28:50) Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(61:7) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.


BANDARAYA YANG ZALIM:

(4:75) Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dihinakan, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandar raya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."

(11:102) Demikian itulah pengambilan Pemelihara kamu, apabila Dia mengambil bandar-bandar raya yang zalim; sesungguhnya pengambilan-Nya pedih, keras.

(18:59) Dan bandar-bandar raya itu, Kami memusnahkan mereka apabila mereka membuat kezaliman, dan mengadakan untuk kebinasaan mereka, satu janji temu.

(21:11) Berapa banyaknya bandar raya yang zalim yang Kami menjadikan berkecai, dan Kami menumbuhkan selepasnya kaum yang lain!

(22:45) Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!

(22:48) Berapa banyaknya bandar raya yang Aku telah menangguhkan yang dalam keadaan zalim; kemudian Aku mengambilnya, dan kepada-Ku kepulangan.

(28:59) Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim.








0 ulasan: